Thursday, May 13, 2010

Habbatussuada

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
Antiarthritis, mengubati rheumatik.
Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
Antiseptik, mengubati bau mulut.
Antivirus, mengubati demam dan flu.
Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
Nematocidal, mengubati cacing pita.
Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Mempertingkatkan sistem immuniti
Meningkatkan tenaga seksual

MENGUKUHKAN SISTEM IMUN


Jika digunakan secara berterusan, ia boleh meningkatkan imuniti manusia terutama kepada pesakit tenat.
Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor,serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli.Ia boleh memainkan peranan penting dalam rawatan kanser, AIDS dan penyakit lain yang berkaitan dengan kekurangan imun.

Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.

ANTI HISTAMINA
Ia sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tisu hidup, adakalanya mencetuskan reaksi alergi dan dikaitkan dengan keadaan seperti asma bronkus.

Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus.
Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.

PRINSIP ANTI TUMOR

Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser.Ehrlich Ascites carcinoma(EAC) , 100% berkesan dalam menghalangperkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton's Lymphoma Ascites(DLA).

ANTI BAKTERIA

Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sauda. Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka, Bangladesh), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria

Merawat dan melegakan cirit-birit, muntah

ANTI RADANG

Kajian 1960( prof. El-Dakhakny) , minyak Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis. Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan eksema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan
mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel. Barry Sears, Phd, bukunya "The Zone" – eicosanoids sebagai hormonyang kuat yang akhirnya menguasai agen-agen bagi setiap system dalam badan merangkumi dari system jantung kepada system imun dan saraf –kajian 1997 ( Unit Mikrobiologikal, Unirsiti raja saud rab Saudi),ia tidak mempunyai kesan alahan.

MENGGALAKKAN LAKTASI

Kajian 1979 ( Agarwhal) dan 1989 ( Universiti Potchefstroom) , ia meningkatkan pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang memberi susu badan.

No comments:

Post a Comment